Posts

Cameron Highlands

Image
14-16 MAC 2017 Lama sangat rasanya tak update blog ni. Ada banyak trip yang dah terlepas & tak kuasa nak ingat dah..makin tua ni otak asyik memory full. Aku decide nak abadikan trip ke Cameron Highland dalam blog ni sebab ini laa kali pertama aku jejak kaki naik Cameron Highlands sepanjang hidup aku. Dah berapa kali sebenarnya plan nk ke cameron ni, tapi ada saja masalah menyebabkan plan asyik bertukar. tu yang sudahnya asyik bercuti ke Pulau Pinang. Macam biasa la, aku la yang jadi tukang plan. laki aku memanjang laa, asal tanya jer, ikut sayang laa. dah dia nak ikut aku sangat, aku plan laa trip ikut suka hati aku..haha...kata sayang kan. Perjalanan kami bermula seawal 8.30pg bertolak daripada Sungai Petani. Aku ingatkan keluar 8.30 tu takde laa sangkut dengan orang masuk keja. pukul 9 je paling lewat pun kan. rupa2nya salah jangkaan. Tapi tak kisah laa...drive sambil menikmati perjalanan, enjoy tak payah nak rushing2..sangkut jam kat Juru pun kami cool jer...hehe...kalut bua...

Cuti-Cuti Cinta Januari 2016

Image
15-01-2016. Kami di Penang lagi. Kali ni work + leisure. Aku ada urusan keja di sebelah pagi. Selesaikanlah apa2 yang patut dengan secepat yang boleh...tak sabar sangat rasanya nk check-in hotel, nak lapangkan otak yang dah sarat selepas beberapa bulan tak bercuti. Plan bercuti ni pun agak spontan sebenarnya. Ambil kesempatan dengan urusan kerja di sini untuk bercuti. Tak apa laa walaupun asyik2 penang. Syukurlah...janji dapat bercuti. Untuk trip kali ini, kami memilih Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah dengan harga RM 188.05 (termasuk tax). Dengan lokasi hotel yang mempunyai pantai, saiz bilik yang besar, balkoni dengan pemandangan laut yang mengujakan, dan sudah semestinya berserta parking, buffet sarapan, bagi aku sangat berpatutan dan berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar. Walaupun ini percutian yang dirancang secara last minute, tapi aku tetap tak ambil mudah dengan pilihan yang ada..semua review hotel aku kaji dan teliti. bercuti biar selesa dan puas hati...tak ad...

Pulau Pinang Kami Datang....part 2

Image
Sambungan cerita percutian kami..... 02/09/2015 : Selesai aktiviti di Taman Negara Pulau Pinang, kami pun bergerak ke hotel yang ditempah melalui booking.com. Berhari-hari aku dok meninjau-ninjau pilihan hotel yang ada. yang penting hotel nak kena ada parking. Nak bercuti pun tak senang hati kalau dok teringat kat cik pepel tah apa jadi kalau main parking je kat mana-mana. Akhirnya, aku pilih Holiday Inn Resort Batu Ferringhi. Harga dengan breakfast dan termasuk tax RM 270. Taktau laa korang nak rasa mahal ke murah. Bagi aku harga ni agak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan harga hotel-hotel lain di sekitar Batu Ferringhi. Fasiliti kat hotel pun ok. Ada parking lot betul-betul depan hotel. Seronok aku boleh nampak cik pepel daripada tingkap bilik. Kelengkapan dalam bilik pun sangat ok. Siap ada iron, iron board, sejadah semua ready dalam bilik. takyah nk request/keluar bilik dah. Ada wifi dengan speed internet yang laju, extra bantal & blanket. Bilik air ada bath tub. Seron...

Pulau Pinang Kami Datang....part 1

Image
Pulau Pinang menjadi destinasi cinta kami pada trip kali ini. Pulau Pinang ni bukanlah asing sangat bagi aku dan suami...dah selalu sangat ke sini....tapi nak kata dah meronda setiap pelusuk negeri tu memang belum lagi. Asyik-asyik Queensbay...situ jer laa yg aku selalu g. Pulau Pinang ni tempat nostalgia untuk aku dan suami aku sebab di sinilah tempat 1st dating kami. Tarikh 27/12/2012. lokasi dating of course laa Queensbay. Kira aritu laa kami declare as a couple. Tapi sekali tu jer laa dating kami di penang sampai lah kami berkahwin. Alhamdulillah Allah permudahkan hubungan kami cepat-cepat dapat status Halal. 2/9/2015 : Seawal 8.00pg kami memulakan perjalanan kami. Niat di hati nak brunch di gerai nasi campur Awet Muda dekat USM. kali terakhir makan di situ 2 tahun lepas. Tapi nampaknya hajat tak kesampaian...kami sampai awal sangat nampaknya. 9.30 kot masa tu. Makanan pun belum siap lagi. Akhirnya suami aku pusing masuk USM, kami pun breakfast roti canai kat Subaidah dalam tu j...

Cuti-Cuti Malaysia September 2015

27/8/2015 tu tiba2 jaa my hubby tanya boleh tak amek cuti 2-3/9 ni? Seronokkkkknyaaa... Cuti aku ada 35ari lg kottt...boleh tak boleh mmg aku cuti jugak laa...tah bila plak aku nk abehkan cuti tu. Aritu jugak aku isi borang cuti anto kat Boss, approved terus. Belen cuti jadi laa 33ari. Tanya2 my hubby nk g mana ni? dia suruh aku jaa pilih nak g mana. dgn ayat romantisnya "abg nk bawak jer mana syg nk g". waaaahh berbunga2 jadinya ati aku. Maka bermulalah episod menggoogle destinasi2 menarik dalam Malaysia. Keje aku agak terbengkalai laa jadinya disebabkan mood aku dh melayang2...ati aku dh naik Cameron highland. aduhaiii...aku ni bukan jenis spontaneous...semua nk plan. selagi aku tak clear nk g mana, tak booking hotel, selagi tu laa tak senang ati dok pikir2 jer. My hubby janji aritu nk bawak aku g cameron highland..kesian kat aku tak penah sampai lg sana :( aku pun dh survey2 dh cameron tu..hotel2 dia...tempat2 menarik kat sana...cuaca kat sana camna...jarak drp umah k...

Cinta FF

09.10.2013 Tarikh lahirnya cinta halal FF. Dunia cinta kami tidak sentiasa indah dan tidak juga mudah. Pengalaman cinta yang mencabar iman, hati dan perasaan semuanya terpaksa diharungi. Saat aku dan dia bersama pasti semuanya baik-baik sahaja kerana kami yakin cinta halal kami diredhai Allah. Dia nikahi aku dengan izin Allah dan aku cintainya dia dengan nama Allah. Semoga Allah merahmati rumahtangga kami sehingga ke Jannah. 31.08.2015 Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Selamat hari lahir blogku...semoga kau dapat memerdekakan perasaanku.