Cuti-Cuti Cinta Januari 2016

15-01-2016. Kami di Penang lagi. Kali ni work + leisure. Aku ada urusan keja di sebelah pagi. Selesaikanlah apa2 yang patut dengan secepat yang boleh...tak sabar sangat rasanya nk check-in hotel, nak lapangkan otak yang dah sarat selepas beberapa bulan tak bercuti. Plan bercuti ni pun agak spontan sebenarnya. Ambil kesempatan dengan urusan kerja di sini untuk bercuti. Tak apa laa walaupun asyik2 penang. Syukurlah...janji dapat bercuti.

Untuk trip kali ini, kami memilih Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah dengan harga RM 188.05 (termasuk tax). Dengan lokasi hotel yang mempunyai pantai, saiz bilik yang besar, balkoni dengan pemandangan laut yang mengujakan, dan sudah semestinya berserta parking, buffet sarapan, bagi aku sangat berpatutan dan berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar. Walaupun ini percutian yang dirancang secara last minute, tapi aku tetap tak ambil mudah dengan pilihan yang ada..semua review hotel aku kaji dan teliti. bercuti biar selesa dan puas hati...tak ada istilah asal jadi. itu prinsip aku..cewahh...bab bercuti mmg berprinsip sangat aku ni.
Pemandangan Lobi Hotel

Cafe Hotel kat bawah tu.
Pemandangan dari balkoni bilik no 1
Bilik tidur di Bilik no 2
Ruang Tamu Bilik no 2
Ruang Tamu tu lagi.
Ruang Tamu di siang hari
Pemandangan dari balkoni bilik no 2
Pemandangan hotel dari pantai.



Melalui pengalaman sendiri di hotel ini, maka aku pun dengan beraninya memberi pujian dan kejian berikut..hehe...tak ada laa keji sangat..komen membina laa yer.

Yang Best :
  • Value for money.
  • Deluxe Studio Suite saiz bilik yang sangat luas dan selesa (45 m² katanya). Tapi lepas tu aku dapat bilik yang lagi besar bapak daripada ni. ceritanya kena baca kat Yang tak best baru tau...hehe
  • Katil, tilam dan bantal yang selesa.
  • Balkoni dengan pemandangan laut.
  • Ada parking kereta
  • Buffet Sarapan yang menepati selera aku. Sangat-sangat sedap. Berselera aku makan.
  • Dapat jumpa ustaz Don. aku jeling-jeling jer..jadi laa...hehe
  • Ada swimming pool. Seronok laa untuk family yang bawa anak2.
  •  Dapat jalan-jalan kat pantai. dekat jer...
Yang tak Best :
  • Masalah Elektrik. Beberapa jam lepas check-in tetibe jer elektrik off. Suami aku call kaunter just dimaklumkan nanti akan hantar staf untuk cek. tunggu punya tunggu tak pulak datang2. aku dah kelaparan tak sempat nk lunch pun tadi. last2 fedap kami pun keluar dinner. Balik daripada dinner, tengok2 bilik still bergelap. Setelah bertanya di kaunter hotel, kami pun diberikan kunci bilik lain. Bilik baru ni masyaAllah punya laa cantik view lautnya. Sangat luas. Ada bilik tidur dan ruang tamu berasingan. Syukurlah kan, semua jadi ok walaupun awalnya aku agak panas hati sejak dari check-in lagi.
  • Bilik berbau. Baunya ni takla teruk sangat, jangan ingat bau bangkai pulakk...hehe..cuma bau kabinet karpet lama gitu...patutnya sembur laa febreez ke ape sebelum orang nak check-in bilik tu kan.
  • Perabot dan dekorasi yang ala2 boleh ja laa...nasib baik laa dapat tengok pemdangan laut yang indah. lantakkan jer laa bilik tak berapa nak cantik pun.
  • Parking yang terhad. Aku taktau laa kalau time cuti sekolah camne keadaannya. Satu lagi parking basement dia takde lif, yang mana agak menyusahkan terpaksa naik turun laluan kereta tu. Kalau bernasib baik dapat parking sebelah atas tu untung laa.
Itu jer laa yang aku nak kongsi pasal pengalaman 2 hari 1 malam aku kat hotel ni. Kalau ditanya nak stay lagi tak sini? aku akan jawab tak nak...haha...bukan sebab tak best yer, sebab aku nk merasa duduk kat hotel-hotel lain lak. takkan korang nk aku tulis review pasal hotel yang sama jer ulang-ulang kan..?
ok cukup sini jer dlu...jumpa lagi di posting akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-Cuti Malaysia September 2015

Pulau Pinang Kami Datang....part 2