Pulau Pinang Kami Datang....part 2

Sambungan cerita percutian kami.....

02/09/2015 : Selesai aktiviti di Taman Negara Pulau Pinang, kami pun bergerak ke hotel yang ditempah melalui booking.com. Berhari-hari aku dok meninjau-ninjau pilihan hotel yang ada. yang penting hotel nak kena ada parking. Nak bercuti pun tak senang hati kalau dok teringat kat cik pepel tah apa jadi kalau main parking je kat mana-mana. Akhirnya, aku pilih Holiday Inn Resort Batu Ferringhi. Harga dengan breakfast dan termasuk tax RM 270. Taktau laa korang nak rasa mahal ke murah. Bagi aku harga ni agak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan harga hotel-hotel lain di sekitar Batu Ferringhi. Fasiliti kat hotel pun ok. Ada parking lot betul-betul depan hotel. Seronok aku boleh nampak cik pepel daripada tingkap bilik.
Kelengkapan dalam bilik pun sangat ok. Siap ada iron, iron board, sejadah semua ready dalam bilik. takyah nk request/keluar bilik dah. Ada wifi dengan speed internet yang laju, extra bantal & blanket. Bilik air ada bath tub. Seronok laa aku berendam. Tilam empuk, bantal pun selesa sampai rasa macam taknak keluar bilik dah. Kira berbaloi-baloi dah ni. Lagipun bukan hari-hari dapat peluang bercuti ni. Sekali-sekala jer apa salahnya mengabehkan duit hasil penat lelah, pecah kepala, pecah peluh kita berbulan-bulan lamanya.
Lepas check-in, mandi, solat, rehat, aktiviti seterusnya ronda-ronda di sekitar hotel. Terpaksa keluar gak laa...laparrr...Aku & hubby decide nak jalan-jalan cari makan kat area batu ferringhi tu jer. Kami pun mula laa menapak cari kedai makan. Dah mcm dok oversea cheq rasa..banyaknya kedai makanan Arab. Aku ni ok jer layan menu Arab ni, especially nasi mandy kambing. Cuma aritu taktau nape tekak aku tak berapa nak selera tgk menu arab. so, makin jauh laa aku & hubby menapak sampai laa jumpa Petronas. Depan tu ada Eden Parade. Baru laa rasa macam dok Malaysia. Sini ada banyak pilihan makanan. Untuk tekak fast food ada KFC, McD. Ada gak restoran Nasi Kandar dalam Eden Parade tu. Untuk tekak aku, aku pilih makan kat gerai melayu jer.
Kami singgah di 1 gerai makanan yang betul-betul bertentangan dengan Eden Parade. Aku order nasi goreng ayam blackpepper, hubby order nasi goreng paprik daging, tomyam campur. Rasa tu so-so laa...tak laa sedap sgt2, tak jugak tak sedap sampai takleh nak makan. Alhamdulillah kenyang. Balik makan, kami ronda-ronda lagi sampai letih. Aktiviti malam dalam bilik jer laa. tak keluar dah.

03/09/2015 : Awal pagi sesi breakfast di cafe hotel. Menu meriah dik nonn...macam2 ada.
Rasa tu biasa-biasa ja. Tak laa sampai nak kata sedapnyaaa rasa makanan hotel ni. Try jer la serba sikit, semua menu yang ada selagi boleh isi perut. Rugi laa tak makan...dah bayor kan.
Lepas breakfast tu, sesi mengemas apa patut. jangan dok berangan nk dok lelama lg...time to check out...
Abeh check out tu kami terus g jetty naik feri. Taktau laa kenapa, mungkin aritu ada masalah apa2..menunggu nak naik feri tu lama laaa sesangat. Kat luar dah kena tunggu lama, masuk dalam pun kena tunggu lama lg. aduhaiii...apesal laa makcik ni galak sangat ajak naik feri. padahal bukannya tak penah naik feri pun. nak patah balik takleh dah. redah jer laa.
Keluar daripada penang, maka berakhirlah trip 2 hari 1 malam kami. Rasa enjoy sangat, otak pun lapang. Mood kerja dah kena campak dalam laut. Harap-harap tak mati lemas laa dia.

Sekianlah kisah cuti-cuti Malaysia kami merangkap short honeymoon yang sweeeettt sangat...


Ada banyak kerusi untuk rilex-rilex tengok laut
Rilex sambil layan pemandangan laut

depan tu ada swimming pool


Bilik dapat view jalan jer...tp ok laa...takde laa nk layan view tu sgt.

boleh lepak-lepak kat lobi hotel


Comments

Popular posts from this blog

Cuti-Cuti Malaysia September 2015

Cuti-Cuti Cinta Januari 2016