Cameron Highlands

14-16 MAC 2017

Lama sangat rasanya tak update blog ni. Ada banyak trip yang dah terlepas & tak kuasa nak ingat dah..makin tua ni otak asyik memory full. Aku decide nak abadikan trip ke Cameron Highland dalam blog ni sebab ini laa kali pertama aku jejak kaki naik Cameron Highlands sepanjang hidup aku. Dah berapa kali sebenarnya plan nk ke cameron ni, tapi ada saja masalah menyebabkan plan asyik bertukar. tu yang sudahnya asyik bercuti ke Pulau Pinang. Macam biasa la, aku la yang jadi tukang plan. laki aku memanjang laa, asal tanya jer, ikut sayang laa. dah dia nak ikut aku sangat, aku plan laa trip ikut suka hati aku..haha...kata sayang kan.

Perjalanan kami bermula seawal 8.30pg bertolak daripada Sungai Petani. Aku ingatkan keluar 8.30 tu takde laa sangkut dengan orang masuk keja. pukul 9 je paling lewat pun kan. rupa2nya salah jangkaan. Tapi tak kisah laa...drive sambil menikmati perjalanan, enjoy tak payah nak rushing2..sangkut jam kat Juru pun kami cool jer...hehe...kalut buat apa..bukan nak gi keja pun.

Jalan lengang....
Kami naik Cameron melalui Simpang Pulai. Jalan agak lengang tak banyak kenderaan, maklum la hari kerja. Pemandangan cantik, udara segar. Lapangnya otak aku dah tinggalkan kerja kat kaki gunung tu..Sampai di Cameron dalam pukul 1ptg. kami decide nak makan dulu sebab dah lapar sangat. Nak check-in pun awal lagi. Time check-in sepatutnya pukul 3pm. kami meronda ke tanah rata untuk cari makan. nampak marrybrown, aku pun ajak makan situ jer la. boleh lepak2 dulu buang masa sementara nak tunggu check-in.  Lepas makan, kami decide nak try check-in jer la. mana tau nasib baik dapat check-in awal kan. sampai kat Copthorne dalam 2.30ptg, tengok2 dapat check-in awal. Alhamdulillah lega dapat berehat.
Copthorne 

view daripada tingkap bilik
Ladang Teh Bharat
Petang tu kami mulakan aktiviti rondaan. destinasi pertama, ladang teh Bharat. View cantik sangat, cuma kalau nak masuk ke ladang teh tu kena turun ke bawah.
scone dengan jem strawberi
Letih berposing kat situ, kami gerak ke Kampung Taman Sedia nak merasa scone pulak kat YZ Agrofarm. tak banyak pilihan kedai dah lewat petang. banyak yang dah tutup. Aku ni bukan peminat menda manis, dan tak suka menda masam. so, memang ala2 cukup syarat je la aku makan...janji dah pernah try. Balik hotel, kami meronda di persekitaran hotel. Syok sangat. Bunga2 cantik di sekeliling, sejuk,nyaman. Nikmat yang tidak dapat didustakan.

Copthorne ni kat area Kea Farm. katanya hotel di puncak tertinggi Cameron Highlands. Sejuknya kat sini memang terasa. aku ni jenis panas badan, panas hati selalu, tapi kat sini surrender jugak la kesejukkan terasa sampai ke tulang. Bilik hotel selesa dan luas. tapi rupa decor tu no comment laa..hehe. datang sini bukan nak duduk bilik sangat pun. Malam tu kami dok berkira-kira jugak laa nak try steambot. memang layan habis la bersteambot time sejuk2 camni. tapi kira punya kira, last2 decide tapau KFC je la. steambot tu dengan harga yang boleh tahan mahal, belum tentu sedap, aku pulak malam2 tekak tak berapa nak selera, rasa tak berbaloi pulak.

bilik
bilik


bilik air


Awal pagi kami dah menjamu selera sarapan di hotel. makanan sedap-sedap semua sampai aku rasa nak duduk makan je situ takyah keluar jalan-jalan dah. tapi memandangkan hari tu last day kami kat situ, dan entah bila pulak nak datang lagi makanya terpaksa la dengan berat hatinya aku tinggalkan cafe hotel tu.

nasik tomato sedap
kurma kambing di awal pagi

MARDI

Tempat lawatan pertama adalah....ladang teh lagi...naik ladang BOH pulak ye. jalan nak naik tu masyaAllah...nasib baik laki aku yang drive. kalau aku drive sendiri memang tak laa dengan jalan sempitnya rasa macam nak jatuh ke bawah. tapi view memang cantik laa...berbaloi rasanya dengan perjalanan tu. pagi-pagi hirup udara segar tanah tinggi, rasa lapang paru-paru aku...

Turun daripada ladang BOH tu, kami pun tak ada arah tujuan dah. aku ajak ke MARDI je la, jalan-jalan tengok bunga, tengok pokok, tengok buah sambil membuang masa. dalam pukul 11 kami pun gerak balik ke hotel, nak siap2 check-out dah. Laki aku tanya taknak beli apa2 ke. strawberi ke sayur ke teh ke...hmmm malas lak rasanya nak bershoping dengan sesak2 di kea farm tu. last2 kami pun balik dengan tak beli apa2. kesian family & kawan2 tak dapat ole2....tapi lantak laa...sape nak, datang la sendiri beli...haha. Tempat-tempat lain tu aku tak pergi pun. tak berapa teringin. tambah2 pulak berbayar, rasa tak payah la kot. aku nak enjoy pemandangan saja. lain-lain tu aku abaikan, bukan ada budak2 pun nak lawatan sambil belajar petik straberi, tengok kaktus, lavender...tunggu aku ada anak laa baru masuk tempat-tempat tu kot. 

Maka dengan itu, berakhirlah percutian 2hari 1malam di Cameron Highlands. Next, TAIPING.....

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-Cuti Malaysia September 2015

Pulau Pinang Kami Datang....part 2

Cuti-Cuti Cinta Januari 2016