Pulau Pinang Kami Datang....part 1

Pulau Pinang menjadi destinasi cinta kami pada trip kali ini. Pulau Pinang ni bukanlah asing sangat bagi aku dan suami...dah selalu sangat ke sini....tapi nak kata dah meronda setiap pelusuk negeri tu memang belum lagi. Asyik-asyik Queensbay...situ jer laa yg aku selalu g.
Pulau Pinang ni tempat nostalgia untuk aku dan suami aku sebab di sinilah tempat 1st dating kami. Tarikh 27/12/2012. lokasi dating of course laa Queensbay. Kira aritu laa kami declare as a couple. Tapi sekali tu jer laa dating kami di penang sampai lah kami berkahwin. Alhamdulillah Allah permudahkan hubungan kami cepat-cepat dapat status Halal.

2/9/2015 : Seawal 8.00pg kami memulakan perjalanan kami. Niat di hati nak brunch di gerai nasi campur Awet Muda dekat USM. kali terakhir makan di situ 2 tahun lepas. Tapi nampaknya hajat tak kesampaian...kami sampai awal sangat nampaknya. 9.30 kot masa tu. Makanan pun belum siap lagi. Akhirnya suami aku pusing masuk USM, kami pun breakfast roti canai kat Subaidah dalam tu jer. Selesai breakfast, kami pun mula bergerak ke Taman Negara Pulau Pinang, di Teluk Bahang.
Parking di kawasan berdekatan Taman Negara dengan bayaran RM3.
Pilihan destinasi dan jenis-jenis aktiviti di Taman Negara. 

Masuk ke Taman Negara adalah percuma, cuma perlu mendaftarkan diri dengan destinasi pilihan, masa masuk dan masa keluar (isi semasa pulang).
Sekali lagi hajat tak kesampaian...nak naik Titian Kanopi, tapi dah tutup laa plak. Aku pun dengan konfidennya bgtau suami aku nak ke Pantai Kerachut. Dengan anggaran masa 1jam 20 min perjalanan, maka bermulalah aktiviti trekking kami di Taman Negara Pulau Pinang.
Time ni jalan ok lg...ko tunggu jalan depan tu...baru tau langit tinggi rendah
semput2 tapi tenang tengok pemandangan indah ciptaan Allah
Excited sangat dapat pengalaman pertama trekking dengan suami tersayang. Sama-sama trekking berpimpin tangan sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Allah kat Taman Negara tu...romantiknyaaa.
Sampai di Point B - Sungai Tukun, tercungap-cungap tak cukup nafas dah aku ni haa...padahal jarak drp pintu masuk ke Sg tukun tu tak sampai 1 km pn. Suami aku buat macho cool jer laa..hmmm...akhirnya aku pun buat keputusan nak patah balik takat tu jer laa. Lain kali laa aku datang lagi kalau masih ada kesempatan...hehehe..selamat tinggal Pantai Kerachut, selamat tinggal Taman Negara. Batu Feringghi sedang melambai-lambai.....

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-Cuti Malaysia September 2015

Pulau Pinang Kami Datang....part 2

Cuti-Cuti Cinta Januari 2016