Pulau Pinang Kami Datang....part 2
Sambungan cerita percutian kami..... 02/09/2015 : Selesai aktiviti di Taman Negara Pulau Pinang, kami pun bergerak ke hotel yang ditempah melalui booking.com. Berhari-hari aku dok meninjau-ninjau pilihan hotel yang ada. yang penting hotel nak kena ada parking. Nak bercuti pun tak senang hati kalau dok teringat kat cik pepel tah apa jadi kalau main parking je kat mana-mana. Akhirnya, aku pilih Holiday Inn Resort Batu Ferringhi. Harga dengan breakfast dan termasuk tax RM 270. Taktau laa korang nak rasa mahal ke murah. Bagi aku harga ni agak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan harga hotel-hotel lain di sekitar Batu Ferringhi. Fasiliti kat hotel pun ok. Ada parking lot betul-betul depan hotel. Seronok aku boleh nampak cik pepel daripada tingkap bilik. Kelengkapan dalam bilik pun sangat ok. Siap ada iron, iron board, sejadah semua ready dalam bilik. takyah nk request/keluar bilik dah. Ada wifi dengan speed internet yang laju, extra bantal & blanket. Bilik air ada bath tub. Seron...