Posts

Showing posts from August, 2017

Cuti-Cuti Cinta Januari 2016

Image
15-01-2016. Kami di Penang lagi. Kali ni work + leisure. Aku ada urusan keja di sebelah pagi. Selesaikanlah apa2 yang patut dengan secepat yang boleh...tak sabar sangat rasanya nk check-in hotel, nak lapangkan otak yang dah sarat selepas beberapa bulan tak bercuti. Plan bercuti ni pun agak spontan sebenarnya. Ambil kesempatan dengan urusan kerja di sini untuk bercuti. Tak apa laa walaupun asyik2 penang. Syukurlah...janji dapat bercuti. Untuk trip kali ini, kami memilih Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah dengan harga RM 188.05 (termasuk tax). Dengan lokasi hotel yang mempunyai pantai, saiz bilik yang besar, balkoni dengan pemandangan laut yang mengujakan, dan sudah semestinya berserta parking, buffet sarapan, bagi aku sangat berpatutan dan berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar. Walaupun ini percutian yang dirancang secara last minute, tapi aku tetap tak ambil mudah dengan pilihan yang ada..semua review hotel aku kaji dan teliti. bercuti biar selesa dan puas hati...tak ad...